Thursday, June 27, 2013

S.U.K.A.N. C.O.W.B.O.Y ?

Assalamualaikum
Dear Ted
Dah macam filem ombak rindu versi yayah kat padang sekolah tadi,mana taknya air mata meleleh jeeeee masa kat padang tadi dek sisa-sisa jerebu. Akhirnya terlentok juga kat atas meja. Sakit dan pedih sangat-sangat. Agak-agaknya kalau buat filem ombak rindu yang ke II bagi yayah jadi izzah. Mesti lakukan filem tuh ?box office tuhhhhhh..meyh producer mai sini amik yayah jadi watak heroin Izzah ! Dijamin filem tu laku. HAHA... Ada chance le gini ? phewiiiiitttttt. Habis tuh siapa nak jadi hero Izzah nanti ? Jeng..jeng..jeng ! ahah ! hihi :D OKEY..Lupakan kang ada yang terasa pula. DIAM ! duduk diam-diam sudah jangan nak gerakkan badan ke kiri-ke kanan huduh tahu ?
Berdasarkan entry dekat atas tuh.SUKAN COWBOY ? pernah dengar tak ?alahhhh dia serupa dengan kawen cowboy lah.Meyh sini yayah nak ceritakan sikit pasal tajuk entry kalini. Harini sukan kat sekolah yayah yang diadakan kali ke 47 tahun .Ini bermakna tahun terakhir yayah menyambut hari sukan kat sekolah.Tapiiii....sukan tahun ini amat mendukacitakan. Mana taknya,sukan tahun ni sungguh ringkas tiada pembarisan,tiada khemah,tiada hiasan dah semua itu.whuargh simple kan ? tak syok langsung ! memang tak adalah kenangan terindah yayah tahun ni,aik ??? bukan maksud yayahlah... memang tiada pun. Sodehhhhh T__T duduk kat padang dah macam orang tak betul panas ! then duduk kat bawah pokok,banyak gila semut sampaikan yayah dengan acah kena gigit .Hahaha,memang cari nahas bak kata yayah "tempat strategik meyh duduk kat sini" hihihi....
Sebelum itukan,Yayah eli,acah,mia dan ayu pergi menunaikan kewajipan sebagai umat islam kat surau,tetiba ternampak ayam and the geng,ting ! teringat yang yayah teringin nak tengok dia jadi imam ! dapat weyh,hihi ciri-ciri imam yayah tu,whuarghhhh.INSYALLAH.
acah dengan yayah pula request nak jadi jadi makmum dia.. Tapi...Eeeeeee..asal tak dapat.kempunan ohh bukan selalu,haishhhh... sodeh.
teringin sangat.HAHA
Acah kata ayam the geng senyum jeeeeee..betul ke ? salah ke nak jadi makmum dia,dapat 2x ganda pahala weyh....rugi tuh,korang tak mau berlumba-lumba cari pahala ka ?hish...hish,,hish. :D
Lepas solat turun padang duduk diam-diam,sampailah tiba acara tarik tali,teringat dato k kata inertia ! inertia dimana lelaki jepun tu tertanggal tangan disebabkan tekanan tarik tali iyerker? betul ke ? betul....
Actually terperanjat beruk dibuatnya yayah ni tengok nazwan duk joint sekali main acara tarik tali,tu apa lagi histeria !!! sokong dia sehabis-habisnya,tak sangka dia tergolek,whuarghhhh ...HAHA.jarang... first time yayah tengok orang main tarik tali pakai songkok alim wei,memang calon suami yang baik ! untung bebenor siapa dapat dia.Selamat di dunia dan akhirat.Lupakan dia...dia milik nur,Marah betul nur dengan aku tadi,hihihi,sorry nur aku gurau manja je tadi.
Berakhirlah sudah sukan tahunan,sungguh membosankan dan merimaskan... Yayah pun melangkah laju dengan sejuta harapan sambil-sambil kat cuping telinga terlekap dengan earphone apa lagi ! dengar lagulah.
Kan ? kan ??.... yayah bertembung dengan siapa lepas tu pulak ? apa lai sepasang kekasih saling sayang menyanyangi antara sama-lain. ELI DENGAN SYARQAWI kat depan yayah.hoiiiiiiiiii tak sangka diorang jalan bersama. Malu-malu pulak si eli, alahai...yayah pun apa lagi malas nak kacau daun. Khusyuk sangat sampai dengar lagu punya pasal,sampai tak dengar geng dak ayam bersorak suka-suki depa duk tengok sepasang joli ni berjalan sesama,so sweeettttt.HAHA...
Malas nak layan...tibalah yayah menunggu abang zan sambil makan pau ayam ! lapau gilalah time tuhhhhhhh...
fullstop,lenguhlah tangan yayah menaip kisah hari ni,sambung lagi ek ?
hahaha :D
SMILE ITS SUNNAH
terima kasih YA ALLAH S.W.T kerana memberi yayah untuk bernafas sehingga hari ini
yayah sayang ibu-bapa yayah
sayang family yayah
sayang kawan-kawan yayah
sayang _____ ! haha carilah sendiri hihi :D
ASSALAMUALAIKUM




1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Sunday, June 23, 2013

jerebuuuuuu ?

Assalamualaikum
Dear Ted

Yeahhhhh besok sekolah cuti,,,Alhamdullilah...disebabkan jerebu sekolah ditutup,macam tak percayakan besok cuti,baru dah plan nak bawa durian untuk ecah besok,alamak memang tak ada rezeki depa semua. Tak apalah jerebu ni bahaya tahu. Boleh menyebabkan penyakit dan tak silap-silap boleh membawa kepada maut bila kita terlalu hidu terlebih asap dia. Betul ka ? jerebu ni disebabkan pembakaran dia indonnesia ? haah memang pun..tak silap yayah lah. Besok ke qadak balik hw dan subjek yang yayah tak study tadi....nak release tension katakan,so curahkan kat twitter bebanyak..Semalam sambut birthday atuk,sedihlah tengok atuk jatuh kat ladang demam pulak tu.Dugaan betul.Yayah pun sedih jugak,banyak betullah dugaan nak mencabar yayah makin lama makin nak exam SPM tahun ni.yayah redha......jika itu takdir yayah,makin lama makin mematangkan fikiran yayah,ALLAH .S.W.T tabahkan hati yayah..terima kasih YA ALLAH..TERIMA KASIH sebab memberi ketabahan kepadaku..

Tadi first time OTP dengan mak hazieqah,alamak,,memang tak dijangkakan sangat...malulahh dengan mak dia,,baik pulak tu siap bagi tip ! memang berguna betullah,terima kasih mak cik. yayah hargai sangat-sangat.
malam ni malam nisfu syaaban dimana buku amalan kita akan ditukar baru.dengan ini yayah nak meminta maaf dari hujung jari kuku kaki sampai hujung rambut,ampunkan dosa yayah ek. :D
FULLSTOP yayah dah tak boleh lama-lama lagi kat sini
jumpa besok,selamat malam

1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Wednesday, June 19, 2013

Ohhh semalam ke ?

Assalamuaalaikum
Dear Ted
   
Semalam hari kawan sedunia ek ?opsssss ! yayah lupalahh...tak payah bagi tahu,semua mesti dah tahu kan? yayah busy...Siapa kata yayah tak ada kawan ? Adalahhhhh.Acah,zieqah,eli,fateha,icah,ayu,mia,nur atin tu bukan kawan yayah ? heeeeeeee :D dan yayah tak boleh lupakan kawan yayah yang dulunya kitaorang bersama.now dia dahhhh tak ada,
NINA QISTINA BINTI YAZID 
masa tu umur yayah baru 15 tahun dia pindah kl,hati yayah memang sedih lah,Tapi sekarang yayah tak tahu apa khabar dia sekarang,Yayah akan teruskan doakan kejayaan kawan-kawan yayah diluar sana,Amin


Kenal tak siapa ni ? kiri nilah kawan yayah,si acah. Orang suka panggil dia banglasia! kesiann dia,apa boleh buat dah mulut orang kan nak cakap dia macam tu,,tapi yayah lagi suka paggil dia banglasia,Kalau nak tahu yayah orang pertama yang gelarkan "Acah" time tuh masa kitaorang form 2. Tahun 2010 kitaorang memang gila-gilalah selalu bersama dengan qies,buat kerja bodoh banyak sangat,banyak gelak,banyak main,banyak gurau. Yang bestnya kan...? ada satu hari tuh tah macam mana yayah main gurau kasar dengan acah dia marah gila dengan yayah,sampai tak bertegur berapa hari,Lama-lama tuh kitaorang sama-sama minta maaf.HAHAHA,itulah kali pertama yayah tengok acah marah yayah tau ! Yayah berharap sangat yang kitaorang berdua akan berjaya bersama dan masuk satu universiti. Dialahh kawan sesuai dengan kerenah perangai yayah...yang giler-giler,gedikkkk banyak ! HAHA :D Alhamdullilah sepanjang yayah kawan dengan acah,acah tak pernah nak buat yayah menangis,terima kasih ALLAH S.W.T sebab bagi yayah kesempatan untuk mempunyai kawan semulia hati acah,,wahhhh ! boleh kembang hidung acah bila dengar yayah cakap dia macam tu ! Ikhlas hati ini mengatakan yang acah memang kawan terbaik yayah dunia akhirat,Thanks sayang ! sebab buat yayah jadi kawan terbaik walaupun tak terbaikkkan ?? 
tolong jangan nak tersengiiih-sengih boleh ?
hidup banglasia ! hihi

ni pulak ? Hazieqah a.k.a ustazah pilihan ! awas ! siapa duduk sebelah dia memang konfirm gegendang telinga korang boleh pecah ! Tapi yayah tak kesah sebab yayah dah masak dengan perangai dia..macam yayah baru kenal dia pulak,dah 5 Tahun tau yayah kenal ustazah ni....
Dia memang garang,dia memang garang,dia memang bengis,tapi satu je korang tak tahu dia ni kawan terbaik yayah walaupun orang yang dah lama kenal dengan dia tak tahu satu sifat yang dia ada ! Tapi yayah tahu, nak tahu apa ?tak perlulah yayah nak bagitahu biarlahhh menjadi rahsia dalam hidup yayah.I know ramai yang tak suka dia,,,apa yayah hairan,suka hati yayah nak kawan dengan siapakan ? hak yayah...

Eli,mia,nur,eli,icah dan lain-lain, walaupun yayah tak letakkan gambar korang kat sini ini tak bermakna korang bukan kawan yayah ek..semua yayah dah anggap macam kawan terbaik yayah bahkan adik beradik...fuyoooo ! ek ,jappp..acah tak boleh anggap adik beradik,sebab yayah nak berbesan dengan dia,HAHA...kitaorang dah merancang tahu nak berbesan nanti.Gila kan kitaorang ? do i care ?
acah aku serius tau ?kau jangan lupa perjanjian aku,..

Heyy kawan,terima kasih sebab bagi aku rasa manisnya sahabat sepanjang aku hidup...

Insyallah yayah tak akan lupakan kenangan ini walaupun yayah tak lama lagi akan meninggalkan alam sekolah.Betapa beratnya hati yayah,betapa getarnya yayah nak memulakan jejak sebagai makluk ALLAH di muka bumi, dan melangkah ke alam seterusnya,jika di takdirkan yayah pergi duluu,,,dari korang halalkan segala benda yang kita kongsi bersama kawan.





1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Monday, June 17, 2013

Bau Durian ?

Assalamualaikum
Dear Ted

Today,yayah bawa durian bawak pergi sekolahhhh,,haru di buatnya tadi,mana taknya bau satu bangunan durian atuk,haishhh nasib lah siapa yang alergik dengan bau durian,Siapa yang tak makan tuhhh memang tersangattt rugilahh ! jarang bai nak makan durian.FRESH TERBAIK DARI KEBUN ! dijamin durian oringinal 100%.HAHAHa...
yang paling syoknya kan ted ? cikgu sahrumi pun joint sekaki makan duriannn tak hingat dunia,aloha kesiannya,,ingat nak bagi lagi tapi tak pi kebun sebab ada latihan rumah sukan.Padahal yayah,eli,atin,acah,zieqah,arissa dengan ayu ponteng ! ponteng lepak kat library,hebat tak kitaorang ?
Apapun hati yayah puas dan gembira ted dapat bagi orang makan,sekaligus boleh tengok riak muka diorang gembira bila dapat makan durian ! puas sesangattttt... tulah niat yayah sebenarnya..Yayah tak kisah bagi orang makan,,kann amalan tuh
Selepas kitaorang belasah makan durian kan ted,,,tak pasal-pasal kitaorang sendawa duriannn,perghhhhh busuk weyh mulut kitaorang tak pasal-pasal kitaorang share duit beli biskut orea,still tak hilang bau tu..Amir ??? kenapa dia tak suka bau duriann.kecewa le tengok dia tuh,yayah sodehh makan tuh,itukan buah negara kita.memang tak menghargai langsung sama dengan si sutun (fikri-kasen yayah) bau sikit nak muntah,menyampahhh sungguh.Lagipun takkan yayah nak salahkan diorang kut semula jadi kot perasaaan tak suka makan dengan bau durian.Kesiannn sungguh.....


1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Sunday, June 16, 2013

Happy Father's Day

Assalamualaikum
Dear Ted

Yayahhhhhh puas sangat hari ni makan banyak duriannnn ! Tapi yang tak syoknya Atam ! dia bakar minyak panas then letakkan kat tempat luka tu,bapak sakit gila.,,,macam nak terberanak yayah menjerit hihi,nenda pulak kata yayah ni ngada-ngada,SAKIT nenek ! biasalah kitakan orang perempuann mestilah ada perasaan sebegitu,yayah pulak kesian tengok atin,nenek dia kena kanser.Yayah harap dia lebih tabah daripada yayah,Hari ni hari bapa,penat tahu tadi...ingatkan nak baling tepung kat ayah penat yayah tunggu depan pintu  utama,rupanya dia parking kereta kat belakang,bila yayah dah dekat dengan ayah ingat nak baling tepung,tangan dah bersiap sedia dengan tepung,tetiba tak jadi pulak,yayah pergi tiupp kat muka ayah,kena sikit pun jadi,Ayah pulak terperanjat ! HAHAHAHAHA,nakalllkan anakmu ini ?
 yayah pun nak ucapkan benda ni kat uncle walaupun uncle dah pergi tinggalkan yayah 
"selamat hari bapa untuk uncleeeeeee !"
Sekarang baru yayah tahu betapa penting hidup kalau ada ibu dan ayah,walaupun kadang-kala tuh yayah selalu gaduh dengan ayah,tapi yayah tak berniat nak buat benda semua tuh,ayahlah suka cari pasal dengan yayah ! walaupun hal tu hal kecik,pernahlah jugakkkkkk menyesal bila lepas gaduh dengan ayah.Tapi yayah dah minta maafkannnn...kan..kan ? huhuhuhuhuhu
Yayah ingat lagi bila yayah gaduh dengan yayah,time tu form 3 yayah lari rumahh...padahal yayah sembunyi belakang rumahhh then singgah tumpang sekejap kat rumah sebelah,penat ma cariii yayah...kesiannn gile tengok mama time tuh,mama pujuk juga yayah balik rumah,Yayah ikut cakap mama dan hampir-hampir nak tidur kat depan pagar rumah.Memang degillah hati yayah time tuh.Esoknya kita berbaikkan ayah ?
lembut betul hati yayah.
Kenangan yang memang tak boleh yayah lupakannnnn...
Yayah akan menyanyangi ayah dan mama hingga ke syurga,,INSYALLAH
Nak tahu takkkk ? ayah yayah kan sebijik macam hero supermen,selalu jaga yayah,selalu bimbing yayah,selalu membebel dekat yayah,selalu gaduh dengan yayah dan selalu bagiiiii apa yang yayah nak tau.Tapikan yang yayah paling suka bila ayah start membebel,memang berjam-jam ! sifat membebel dia turun kat yayah. Ayah pulakkk jenis yang tak suka kotor sama macam yayah,degil pun macam yayah,cerewet ? of course sebijik macam yayah.. tak makan pedas ? sama ooooohhh kita geng lah ayahhh !
semua yang ada pada ayah memang turun sebijik kat yayah ! hahahahaha,,,,,
Kalau nak tahuuuuuuu sangat muka ayah yayah iras-iras salman khan tau,kalau tak percaya sudahhh !
HAHAHAHAHA....
Yang penting
ayah yayah adalah hero buat yayah :D
TERIMA KASIH untuk ayahhhh sebab dah bagi yayah ilmu :D
Yayah hargai sangat-sangat
i luv u mom and dad untill jannah

1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Friday, June 14, 2013

Aku fobia

Assalamualaikum
Dear Ted
Betapa penatnya yayah harini,baru lepas habis buat kelas akaun. serius penat sesangat...
Amacam okey tak yayah tak ada beberapa hari ni ? yayah dah boleh suka-suka sikit,gelek-gelik bontot,mana taknya selama 3 hari yayah balik petang stand by dengan Aniq kat sekolah buat projek add math. ANIQ tu siapa ? lah dialah yang ajar yayah buat projek add math sampai siap,bukan kita berdua je "SAHAJA" kat sekolah,gila apa ? hahahahaha.....hehehehehehe....hihihihihihihi
apa salahnya kan ?tolong jangan fikir perkara lain boleh ?
Astagfirullahalazim.
bukanlahhhhhhh,,firdaus ada,hazieqah,acah,eli,ayu,mia,hafiq,nur dengan iqbal pun ada sekali,bestlahh kitaorang sampai buat kecoh kat pondok moral tahu. Dah macam satu family betul,
Tapikan tak syoklah semalam stay kat sekolah madu akuuuu tuh ada pulak ! hish ni yang nak jelly tahu ? yelah aku mana suka hidup bermadu,hazieqah nikan macam tahu-tahu je perasaan aku,baru nak sembunyiKAN, dia dah bongkarkan kat semua orang ! helah yayah dah tak boleh pakai,maybeee dah ditelan zaman kot, apa pun tak boleh. Tadi yayah lepak dengan hafiq,icah dengan fateha,tiba-tiba si icah pergi ungkit cerita pasal si ayam tuh,lagilahhhh sangat-sangat yayah nak tahukan ? haha. actually yayah ni jual mahal banyak dengan si ayam! yelah kang bagi murah ramai pulak nak mendekati yayah,alergik babe ! bak kata para ustaz ustazah tak elok perempuan jual murah,KITA KENA JUAL MAHAL
 lagipun yayah sekarang ni sebuk nak belajar sampai berjaya yelah yayah teringin nak tengok family yayah hidup senang kan ? sekarangkan zaman dah maju segala-galanya semua ada.
SAMBUNG CERITA... 
 Nak tahu tak apa yang hafiq cerita kat yayah ? dia kata si ayam jelly tengok yayah dengan Aniq ? yeukkkkkk,,kitaorang bukannya ada hubungan apa-apa pun,aku rapat dengan aniq sejak kebelakangan ni nak habiskan projek add math,kalau tak de aniq,entah yayah boleh siapkan projek tu ke tidak,itu pun yayah bersyukur aniq dah bantu yayah,lagipun si ayam tukan dah ada asyraf buat apa yayah nak ngendeng-ngendeng dengan dia ?yayah bukan perempuan jenis tergedik terngada dengan lelaki okey ? takkan kot yayah nak 24 jam duduk sebelah si ayam tu,lagipun yayah dengan si ayam tu KAWAN je sekarang ini. Tak de apa-apa pun.EEEEEeeeeee geram pun ada,salah ke kalau yayah berkawan dengan lelaki ? yang pasal kes yayah dengan ayu lalu padang tu pun nak jadi isu ka ? time tu ayu ajak yayah lalu padang takkan nak menghampakan dia ? kawan tuh,so yayah ikutlah dia kata yayah sengaja mengelakkan diri daripada terserempak dengan dia ! tak logiklah kan,yayah bukan perempuann macam tuh,lagipun dia kata yayah pergi sekolah sengaja lalu jalan jauh ? jauh ke ?pintu belakang tuh ? dah abang zan hantar pintu belakang so kenalah lalu jalan biasa dan dekat,tiada kuasa yayah nak lalu jalan jauh-jauh,nak buat apa ?apa yang yayah dapat ? nothing. buang tenaga jeeeee,suka sangat nak buattt yayah macam tu,kecewa tahu,sedih pun ada.Lagipun tak apalah yayah dah maafkan. lain kali jangan buat macam tuh. kalauuuuuu takkkkkkk.....
Tak silap yayahkan,yayah sengaja dekat-dekat dengan amir dengan aniq, biar si ayam tuh jelly padan muka ! yayah sengaja nak tengok tahap kesabaran dia macam mana sebab ! KESABARAN dan KESETIAN itulah yang amat penting dalam sesebuah hubungan,*cehhhh aku dah mula berceramah pulak,haha padanlah
Kadang-kadang tu kesian pun ada yayah sengaja mendera perasaan dia,alohhhh....
SORRY EK AYAM? ????...
yayah tak berniatlah yayah cuma nak uji je sejauh mana kesabaran dia terhadap yayah,sebab yayah trauma gila dengan cinta,alergi weyh.Dengan ONG sebenarnya yayah saje-saje je usya dia,padahal nak buat main-main bukannya betul sangat suka ONG,lainlah kalau mr perfect yayah yang tak seberapa perfect tuh,diaaa dah lama jadi sejarah yayah. 


1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Wednesday, June 12, 2013

I need MOREEEEEE A-

Assalamulaikum
Dear Ted

Dah beberapa hari yayah tak update blog kan ? sunyi tak tanpa yayah ? heeeeee :D SUNYI ? alolololo kesiannya. Yayah busylah dengan projek addmath,ini pun hampir 97.89% nak siap, Ini bermakna dah boleh hantarlah Jumaat ini walaupun projekk yayah macam huduh sedikit it's so okay. Cikgu Sahrumi tak kesah,bestkan dapat cikgu macam tu.. Alhamdullilah rezeki kitaorang tahun ni.Result MID YEAR beberapa paper dah dapat ! perghhhhhhhhhhhhh.... betapa yayah kecewa sangat-sangat,ada subjek yang menurun dan ada yang subjek menaik. ADD MATH ? korang rasa berapa yayah dapat ? nak tahu berapa ? lah tak payah kesahlah korang bukannya tahupunnn,pernah berlajar ka ?HAHA .
Yayah dapat G ! yeayyy terbaikkan ?suka weyhh,suka sangat-sangat ! *padahal dalam hati jelly bai dengan depa yang lulus addmath tueee
Eeeeeee >.< geramnya dengan depa semua tuh,,rasa macam nak makan otak Si Ng tu,pandai gilerRRRR. Kan best kalau yayah ada otak berguna macam si NG ! Untung bebenor...Setiap kali exam mesti addmath,math akaun dapat A+ gitu,tapi apakan daya,yayah redha dengan pemberian ALLAH S.W.T,padahal otak kita semua bukan sama ke ? kecuali kalau kita berusahan dengan gigihkan kalau nak cemerlang ? yelah yayah sedar yayah banyakkk pentingkan pelajaran akaun dengan ekonomi serta sejarah je,yang lain-lain yayah jeling pun tidak apatah lagi nak sentuh buku bi,agama,math,addmath,psk,psv.
Aikkkk ?? ops ! psk,psv tu tak perlu nak tumpukan sangat sebab tak keluar spm pun,yayah saje je menokok tambah.
HATI yayah tak puaslah dengan result agama,mt,sains,ekonomi,yelah agama tadi dapat 72% lagi 3 markah nak dapat A-,ye,yayah derhagakan lagi 3 markah sampai yayah menebalkan muka berjumpa 6 kali jumpa ustazah nak 3 markah berharga tu ! akhirrnnya yayah give up,tak dapat markah,sodehhh hidup !
Amir si pakwe yayah no 3 gitu,,,baik gilerlahhh sampai tawarkan 1 markah dia kat yayah,tapi ustazah bagi ke ? kalau tambah 1 markah pun bukannya yayah dapat A-,redha jelahhhhhh...mungkin tak de rezeki,maybe ?full stop,sampai di sini sahaja coretan yayah,si peah dah marah yayah ! OMG ! dia nak guna lappy,lagipun yayah nak berlajar science,good nite *ASSALAMUALAIKUM :D doakan yayah berjaya AMIN

1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Sunday, June 9, 2013

NURSE ITU SANGAT KEJAM !

Assalamualaikum
Dear Ted

Yayahhh kembaliiiii !! yahooo, sorry. Dua tiga hari ni yayah sakit >.< sakit sebab terpijak paku karat kat kebun atok. Yelah musim sekarangkan musim durian apo laiii poi kebun cari durian,Alhamdullilah banyak giler durian kunyit,kuning bagai ted...naik sawan yayah tengok ea,lagi-lagi manggis dah masak ! OMG ! mari dekat padakuuu wahaii buah-buahan sekalian,hihihihihi...untung betul yayah dapat atok banyak kebun buah-buahan,nak makan buah apa ? sebut je...masuk kebun semua ada. Tak payah beli ambil freee,,tak termakan kitaorang. untungggg..:D. Masa nak balik dari kutip durian itulah yayah tak sedar yang yayah dah terpijak paku karat ! terasa weyh,sakit.....sangattt. ma cepat bawa jumpa doktor depan rumah padahal klinik satu malaysia gitu ! pergi sana nurse kat situ kata kena inject ! whoargh ?inject ? YA TUHANKU,,,
"Sakit tak inject ?" 
yayah cuba beramah dengan nurse tuh padahal kat hati jantung bagai nak tercabut...
alamakkk !
tuptaptutap...
nurse dah inject yayag,sakit ? of courselah yayah terasa,sakit tu terasa masa nurse cuba cabutkan jarum,lah sakit macam kena gigit semut.Betul...kalau tak percaya cubalah hahaha......
lepas inject tu pulak kena layan dengan PA DOKTOR yang banyak cakap ! MERIMASKAN BETUL
semua dia tanya yayah,sekolah mana,umur berapa,ambil aliran apa ?
aik ??? yayah pun pelik,ni mesti nak mengorat aku *dalam hati
memang sah !
nevermind yayah tak kisah pun,janji yayah tak layan...
pelikkan ada juga orang macam itu.. pelik -.-

Harini last school holidays ! ini bermakna besok sekolah,alahaiii lomah semangat dongar ek,segala bulu lomah ! tak bermaya hahaha...jangan fikir lain sudah ! kahkahkahkahhhhhh :D
bermula episod yayah sebagai budak SPM 2013  ! IYEKER ?budak spm ? tak macam pun,,,,lols kecik hati gua tahu ? semua orang suka cakap macam tu,pleasee bagi yayah semangat sedikit . yayah derhagakan 5A+4B

BESOK jumpa apak tersayang RAHMAT ! takutttttttttnya nak dapat result besok,harap dapat A amin. 
fullstop actually yayah tak boleh lama-lama yelah kitakan budak sekolah mana boleh tidor lambat-lambat :D
KITAKAN bini spm, kena manja-manja dengan dia dulu baru cakar dia ! AHAHHHHH
AUMMMM 
goodnite ASSALAMUALAIKUM AGAIN :D

1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Thursday, June 6, 2013

Bas Tampinkan tu ?

Assalamualaikum
Dear Ted

    Bonjour ! yayah nakk blog walking nak joint ? dah lama sangattttt...yayah tinggalkan dunia blog ini walaupun tak selalu nak menghabiskan dengan mr blogger,ohh so sorry darling.heeeee :D tadi yayah tak dapat nak joint acah,zieqah dengan eli buat study group kat sekolah,sorry guys. TAPIIIIKANNN
Yayah tak sangka semalam,yayah tengah sedap-sedap tunggu ma kat station bas, yayah terperasan siapa tahu ? zulaikha ..OMG ! dia naik bas sekolah..diorang pergi spa addmath season 2. cehhhhh yelah kitakan bukan budak target addmath sodehh oiii,,sayu hati,nevermind yayah pasrah aje,,ceh...
sambung cerita tadi

Nak tahu apa terjadi ? dia...(zulaikha) nampak yayah then muka dia macam terkejut tengok yayah.HAHA,yayah kan retiss gitu,semua terperanjat tengok yayah.bukan pontianak ekkk ! pontianak balik perlis.huhu..then ! baru yayah teringat, D.I.A pun ada kat dalam bas tu,oh shit baik aku bla cepat itu je yang terlintas di fikiran yayah masa itu. Yayah gagahkan diri menapak melintas duduk dengan eli kat bus station bahagian kanan. Sebelum tu yayah pun pelik kenapa eli tak naik bas yang baru lalu tadi,padahal eli selalu naik bas yang dia selalu balik tampin,bila yayah tanya diakan dia cakap apa tahu ? 
" bas aku ke tadi tu ? aku ingat bukan bas aku,,lorhh terlepas ? "
hahaha...tergelak yayah bertambah dengan perasaan pelik,patutlah dia tak naik rupanya dia tak pakai spec mata,rabun jauh katakann. Kan dah kena tunggu bas lama ! hish..hish..hish

Serabun-rabun yayah,tak silapkan yayah nampak dia tahu,walaupun dekat bus station time tuh,kalau tak silap dia pakai blue shirt maybe ? salah orang kut. tak pelahh tak kesah pun.Yang pentingggg sangat,yayah kelam kabut semalam tak mahu orang nampak yayah ! haha,kalah retiskan ? :D MAKLUMLAHH yayahkan bakal supermodel MALAYSIA,bukan MALAYALAM ! haha.,...apa salahnya kalau pakai sari ? memang kena kejar satu padang dengan ma nanti..

1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Wednesday, June 5, 2013

Hari kita,ada kita kesah ?

Assalamualaikum
Dear Ted...
Harini yayah pergi sekolah dengan acah,zieqah dan eli. Kitaorang buat group discussion pasal projek akaun dengan add math,tapi malangnya kitaorang tak reti nak buat projek add math macam mana,yelah kitaorangkan bukan budak add math. Bak kata acah,,add math tak yah target,muka kita.muka fail lahh,HAHA..kitaorang redha ajelahhh. semesta pertama baru je berakhir, segala-galanya dah berubah,masa tetap terus berjalan walaupun dah bermacam-macam berlaku tahun ni,Yayah redha dengan pemergia uncle dan azman..Biarlah diorang tenang,kita yang hidup ni perlukan teruskan hidup.Lagipun cuti sekolah dah nak berakhir,wawww ! pejam celik,pejam celik sekejap dah bulan 6?? ini bermakna ? yayah perlukan usaha yang lagi keras..ohhh my English ! Tiba-tiba tadi yayah teringat.PLBS ENGLISH ! kerja khusus PSK ! berlambak bhaii,inilah akibatnya suka menangguhkan kerja.Nampaknya bungkuslah yayah ! sibuk ? of courselahh. tak sibuk jangan panggil Intan kan .. mana taknya yayah sebuk bertwitter 24 jam. sepanjang cuti ni yayah pergi mana ? yayah balik KL,maklumlah dah 3 tahun tak pergi sana,kali terakhir masa pengebumian arwah atok,sodeh lah jugak. Tapi kat sana yayah bershopping sakan,pegang buku pun tidak,hish..hishhh..hish anok sapo ni ? heheeeeee :D setakat jeling-jeling tu adalah jugak,sikit tak banyak pun..
Yayah dengar cerita madam norainey nakk masuk dah kelas isnin ni,alahaiiiii....:") sayu hati ini.jujur yayah katakan yayah masih belum biasa lagi dengan guru english yayah tuh,maklumlah dia baru lepas bersalin,kenal pun masa awal tahun itupun sekejap,bala oh bala... korang percaya ke dengan bala ? jangan tiru sikap macam ni..tak elok hah.
actually tadi sebenarnya yayah tak ingat birthday hazieqah lupa weyh.banyak kerja sangat,nak jaga anak.. anak ? anakk tekak,anak jari kaki,blablabla..huhu
sebelum yayah nak beredar yayah nak cakap juga benda ni.
."SELAMAT HARI TUA YANG KE-17 TO HAZIEQAH"

1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)