Saturday, August 20, 2016

Masa


Masa dulu-dulu
Masa hari ini sudah berubah

"dimana kita pernah sama sama berkumpul"


Tipulah kalau aku kata yang aku mudah untuk lenyapkan kenangan persekolahan dulu
 kenangan bagaikan pentas layar membawa satu persatu di benak fikiranku.

Ye aku ingat lagi, di suatu meja satu kerusi yang aku "tandakan" bahawa tu tempat aku

Adanya guru guru,rakan rakan di samping
Setiap hari menghiburkan hati, gurau senda, bermain di kotak fikiranku

Masa berlalu pergi
Kini lenyap dimakan waktu

Tiada lagi






1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Tuesday, July 26, 2016

Usaha diredhai Allah




Alhamdullilah, aku bukan pelajar pandai apatah lagi pelajar cemerlang untuk menjadi anak kebangggan ibu dan ayahku.Tapi aku bekerja keras untuk menggunakan masa sehabis suntuk "diamanahkan" untuk aku pikul sebagai "anak sulung"  dalam keluarga.walaupun aku terpaksa tidur merata rata. sampaikan masjid tempat aku menumpang semata mata ingin bangun pagi,(cukuplah sampai sini aku beritahu) ,seronok sangat sebab ditemani sahabat sahabat yang ingin bersama sama bersusah payah untuk berjaya. 

Ya, aku tahu aku bukan sepertimana yang dulunya suka bermain tak fikirkan tanggungjawab walaupun umur aku muda seusia 20 an. ya, aku dah dewasa aku dah boleh berfikiran matang. Kadang kala aku rasa aku tak macam kenkawan sekolah yang lain.
Aku bersyukur Allah tunjukkan aku jalan yang benar dimana anak yang diredhai kedua orang tuanya nescaya mendapatkan keberkatan daripadaNYA.

Yang aku tahu sepanjang perjalanan aku belajar niatku hanya satu "melihat ibu dan ayahku gembira melihat aku kejayaan anak dia belajar walaupun kadang kadang aku rasa aku tak layak. aku nampak penat, lelah ayah waktu menghantar aku buat pertama kali di Universiti. Aku nampak baju ayah basah dek peluh. Aku rasa aku nak balas pengorbanan ayah.

Alhamdullilah aku bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T beri. Alhamdullilah aku dapat berikan satu sijil "dean list". Pertama kali aku dapat berasa. selama ni Allah dengar segala doaku dan ibu serta ayahku. Anak mana yang taknak melihat ibu ayahnya gembira. Rasa susah senang belajar hilang begitu sahaja. Kini aku kena tingkatkan lagi usaha untuk keputusan akhir peperiksaan semester 3. Mudahan, segalahnya dipermudahkan.
Hanya satu, aku ingin lihat ibu dan ayahku gembira itu cukup memadai. terima kasih. atas segala kepayahan yang mereka berikan untuk aku membesar walaupun aku masih belum lagi untuk bekerja dan membalasnya suatu hari nanti. 
 

Tips aku sepanjang aku belajar

1.Taat ibu bapa

2. Solat 5 waktu, bangun tahajud dan solat hajat

3. Buat Notes ringkas

4.Baca doa sebelum dan selepas belajar

5.Fahamkan apa yang dibelajar

6. Study group bagi orang yang lemah macam aku

7. Yang Paling penting setiap kali masuk dewan call ibu ayah "minta diampunkan dosa" dan mintak keberkatan, inshallah dalam dewan susah mana pun soalan tu kalau ada keberkatan inshallah akan dapat keputusan yang tidak disangkakan.






MISS PH

1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Sunday, May 22, 2016

Takpe Just Go with the FLOW

Kata mulut makan dek HATI
Kata orang Hati Hati
 

Good luck final sem 2 intan, hihi lama dah tak muncul ye kat belog, bila ada masalah baru cari kan kan ? * tutup muka. Yelah nak luahkan kat siapa ? siapa je yang nak dengar luahan aku ? hmmm *seret tisu T_T

Mommy i misss u, rindu hug mama, rindu bau mama, rindu nak cium peluk mama.. auch rindunya. Maaaaa nak nangis ni tahan je sekarang. EEEEeeeee, sebab tu taknak bukak topik pasal mama kang dah meleleh air mata, hish buat malu dalam masjid orang tengok kau ! erm. 

Harini aku serahkan kaki aku untuk bergerak kat mana mana. straight forward jelah !!! mana faham weh ! hm begini ,aku biar je kaki aku bergerak aku follow, aku ikut, mana dia nak pergi aku pergi,mana dia nak berhenti aku berhenti hahaha. Pakai lawa lawa pun sebab nak bagi hati ni tenang gembira tapii, tak taulah rasa apa sekarang ? rasa macam nakkk terjun KLCC . hish hish hish tak patut tak patut. mana aina rindddddunya kat awok, rindu nak dengar nasihat ikhlas daripada AWAK. 

Intan please wake up, jangan layan sangat perasaan macam mana sekalipun, fokus dengan final exam, jangan sesekali tunjukkan kelemahan kau,ingat Allah kan ada. sabar yeee. Allah suka dan sayang pada orang yang sabar. (:
 
Takpe just go with the flow. 






1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

Saturday, March 5, 2016

Apa bendalah weh

Nak cakap apa ? Entahlah sebenarnya banyak benda yang aku nak cakap, tapi tangan ni tak mampu nak menaip banyak banyak. Hmmm aku busylah sikit. Nak tau ke keadaan aku kat Pahang ? ke nak tau result aku HAHAHAHA *seret tisu Entahlahhh, banyak benda yang aku nak kena fikir nak kena buat nak kena uruskan ohmG. Yelah umur aku dah masuk -an kan so benda banyak baharu yang aku perlu perbaharui acecehhh, *angkat tangan. Alhamdullilah result aku oke cikittt lagi nak D.E.K.A.N bersyukurlah. Tapi kepala aku start berserabut bila balik UMP mana taknya banyak projek,tak lama lagi projek anak anak yatim, harap segala dipermudahkan. Semoga hati aku kuat !!! *walaupun dalam hati x kuat macam ais kena panas, CAIR ! Inilah jalan untuk aku menuju kejayaan yang aku tak tahu tapi kaki aku terus melangkah ,JUST GO WITH THE FLOW,sejak kat matrik lagi aku dah berserah,aku akan ikut hala tuju yang ALLAH bagi,dan aku takkan merungut.Alhamdullilah semua baik baik belaka and aku tak boleh rasa selesanya sebenarnya. Risaulah jugak. Kadang kadang aku rasa yang aku ni berserah,tak ada cita cita. entahlah mungkin aku dah malas nak fikir, malas nak rancang hala tuju hidup aku,so aku ikut JALAN ALLAH ! aku yakin mesti ada hikmahNYA. *senyum. hmmm aku rindulah jugak kenkawan sekolah aku walaupun diorang masih ingat lagi ke kat aku, aku saja mendiamkan diri. Tak apalah aku dengan cara aku sendiri, yang penting aku tak buat orang terasa. ehhhhh *kenyataan apakah ini ? ayat pasroh berseroh . Yang penting aku kena fokus dulu dengan kerjaya aku before aku dah karier sendiri hahahaha. *berangan.  


Kadang kadang aku pun bosan jugak dengan life aku kat umpi yelah asyik menghadap buku, pernahlah jugak aku bermaustatin kat masjid sampai orang masjid dah kenal perangai aku dengan Fatihah*bff aku. tulah nak berjaya bukan senang ! banyak benda yang kau kena korban, tapi bila kau dapat hasil dia inshaallah kau bahagia punya,,tapi ingat jangan ada perasaan RIAK ! *geleng-geleng kepala. Sia sia je hidup kau sebagai student u kalau perangai ampa macam tu. Biar biasa biasa. HAHAHA, seriuslah aku rasa aku sama macam kat matrik,still selekeh, still lagi nerd. HAHAHA. sadis betul, nampak tak yang aku ni memang fokus benda yang satu kan ..kan..kan ? So, sesiapa yang ada angan angan nak bercinta ala ala ala drama melayu tu lupakan ajelah . heheheee. *perasan. (:
okeylah aku tak boleh lelama banyak benda tak study aku masih lagi honeymoon. kahkahkah.


1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)