Sunday, April 3, 2011

cerita pendek ?

BONJOUR ! hari nie ada 1 crte pendek yang nk dikongsikan kat blog saia,,huhu,,camne tah idea nie bole muncul dekat kepale otak nie secara tbe2 pulak !

Ahmad seorang saintis yang sedang meningkat naik namanya. petang itu, ahmad telah berjaya mencipta robot yang boleh mengesan orang yang bercakap bohong. robot itu ada tangan macam manusia. sesiapa berbohong akan terus ditampar robot itu. ahmad membawa balik robot itu ke ruang tamu rumahnya dan menunggu anak lelakinya pulang.
tapi anaknya tidak balik-balik. sehingga ke pagi, barulah anaknya pulang.

ahmad : dari mana ini , pagi baru nak pulang ke rumah ?
anak : saya ada pelajaran tambahan ayah.

(PANGGG!!anaknya ditampar robot.)


ahmad : kalau nak tahu,ini robot yag baru ayah cipta. robot ini akan tampar sesiapa
yang bercakap bohong. dalam rumah ini,sema kena cakap benar dan jujur
kalau tidak mahu kena tampar !..hah! kenapa kamu pulang lewat ?
(kata ahmad sekali lagi kepada anaknya)

anak : saya tengok filem di rumah kawan, ayah.

ahmad : cerita apa ?

anak : papadom!

(PANGG!!robot itu beri penampar sekali lagi.)


ahmad : cakap jujur dengan ayah cerita apa yang kamu tengok?

anak : maaf ayah ! saya pergi berlumba motor dengan kawan.

ahmad : kurang ajar. berani kamu nak tipu ayah. mujur ayah mencipta robot ini, kalau
tidak ayah ditipu hidup-hidup oleh kamu ! kamu nak jadi apa bila besar nanti
hah ? masa ayah macam kamu dulu, ayah tak pernah buat kerja bodoh macam tuh.

(PANGGG!!!tiba-tiba ahmad ditampar robot itu sendiri,terperanjat ahmad dengan
tamparan robot yang diciptanya sendiri. suasana hening seketika. isteri ahmad
masuk ke ruang tamu dan mencelah. hah, sama saja perangai anak dengan bapak !
kemana,tumpahnya kuah kalau tidak ke nasinya? hah ! ikut perangai emak ini yang
tak pernah merempit....

PANNNNGGGGGGG!!!!!! Robot itu menampar muka isteri Ahmad sebelum isterinya
sempat menghabiskan bercakap.


ROBOT :: HUH ! anak,mak bapak sama jew,,perangai 2x5..serupa !

begitulah cerita ahmad dan keluarganya pada pagi itu,,isteri,anak dan dirinya sendiri telah ditampar oleh robot yang diciptanya kerana bercakap bohong !=)

1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

No comments:

Post a Comment

321 orang pengomen tengah bercoloteh