Tuesday, July 26, 2016

Usaha diredhai Allah




Alhamdullilah, aku bukan pelajar pandai apatah lagi pelajar cemerlang untuk menjadi anak kebangggan ibu dan ayahku.Tapi aku bekerja keras untuk menggunakan masa sehabis suntuk "diamanahkan" untuk aku pikul sebagai "anak sulung"  dalam keluarga.walaupun aku terpaksa tidur merata rata. sampaikan masjid tempat aku menumpang semata mata ingin bangun pagi,(cukuplah sampai sini aku beritahu) ,seronok sangat sebab ditemani sahabat sahabat yang ingin bersama sama bersusah payah untuk berjaya. 

Ya, aku tahu aku bukan sepertimana yang dulunya suka bermain tak fikirkan tanggungjawab walaupun umur aku muda seusia 20 an. ya, aku dah dewasa aku dah boleh berfikiran matang. Kadang kala aku rasa aku tak macam kenkawan sekolah yang lain.
Aku bersyukur Allah tunjukkan aku jalan yang benar dimana anak yang diredhai kedua orang tuanya nescaya mendapatkan keberkatan daripadaNYA.

Yang aku tahu sepanjang perjalanan aku belajar niatku hanya satu "melihat ibu dan ayahku gembira melihat aku kejayaan anak dia belajar walaupun kadang kadang aku rasa aku tak layak. aku nampak penat, lelah ayah waktu menghantar aku buat pertama kali di Universiti. Aku nampak baju ayah basah dek peluh. Aku rasa aku nak balas pengorbanan ayah.

Alhamdullilah aku bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T beri. Alhamdullilah aku dapat berikan satu sijil "dean list". Pertama kali aku dapat berasa. selama ni Allah dengar segala doaku dan ibu serta ayahku. Anak mana yang taknak melihat ibu ayahnya gembira. Rasa susah senang belajar hilang begitu sahaja. Kini aku kena tingkatkan lagi usaha untuk keputusan akhir peperiksaan semester 3. Mudahan, segalahnya dipermudahkan.
Hanya satu, aku ingin lihat ibu dan ayahku gembira itu cukup memadai. terima kasih. atas segala kepayahan yang mereka berikan untuk aku membesar walaupun aku masih belum lagi untuk bekerja dan membalasnya suatu hari nanti. 
 

Tips aku sepanjang aku belajar

1.Taat ibu bapa

2. Solat 5 waktu, bangun tahajud dan solat hajat

3. Buat Notes ringkas

4.Baca doa sebelum dan selepas belajar

5.Fahamkan apa yang dibelajar

6. Study group bagi orang yang lemah macam aku

7. Yang Paling penting setiap kali masuk dewan call ibu ayah "minta diampunkan dosa" dan mintak keberkatan, inshallah dalam dewan susah mana pun soalan tu kalau ada keberkatan inshallah akan dapat keputusan yang tidak disangkakan.






MISS PH

1000 000 SMILE FOR YOU AND DON'T FORGET TO VISIT ME AGAIN :)

No comments:

Post a Comment

321 orang pengomen tengah bercoloteh